Monday, April 5, 2010

"Denai Semut" di kawasan tinggi Bario dibangunkan

http://sarawakupdate.com/home/berita/denai-semut-di-kawasan-tinggi-bario-dibangunkan/

"Denai Semut" di kawasan tinggi Bario dibangunkan

5 April 2010

“Denai Semut” di kawasan tinggi Bario di Baram akan dipetakan, diperbaiki dan dibangunkan sebagai tarikan dan produk tambah nilai.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. George Chan berkata satu pasukan bertindak akan ditubuhkan dan sekumpulan pemakluman yang terlibat dalam “Operasi Semut” akan bermesyuarat minggu depan untuk mengenalpasti laluan sebenar denai semut yang digunakan oleh sekumpulan komando Britain dan Australia yang terjun menggunakan payung terjun pada 1945 ke kawasan itu untuk mengenalikan operasi militari dinamakan Operasi “Semut” menentang penyerangan Tentera Jepun.

Beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan Pameran Perang Dunia kedua Borneo: Perdamaian dan Liberasi Sarawak di Dewan Tun ABdul Razak, Muzium Sarawak di Kuching pagi tadi.

Tan Sri Dr. Chan merangkap Menteri Pelancongan dan Warisan berkata dahulunya, satu reccee telah dibuat terhadap denaiitu tetapi Kementeriannya hendak mempastikan ia denai yang tulen dan kemudian akan diperbaiki supaya selamat bagi pengembara yang ingin berlakon semula peristiwa sejarah itu.

Katanya ini satu-satunya langkah untuk memastikan perwira-perwira yang berkorban dalam pejuangan diingati.

Sementara itu bekas perajurit tempatan dan asing yang pernah berkhidmat semasa Perang Dunia kedua digesa tampil kehadapan untuk berkongsi pengalaman peperangan mereka untuk memperkayakan kutipan warisan Sarawak.

Dalam ucapannya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan yakin masih terdapat pelagai kutipan dalam bentuk peringatan, artikel atau artifek boleh dikongsi dan dipamerkan.

Katanya pameran itu boleh memaparkan kepada dunia bahawa rakyat Sarawak bersyukur kepada sesiapa yang mengorbankan nyawa demi memberi kebebasan kepada Sarawak.

Katanya tanpa keberanian mereka yang terdiri daripada orang tempatan dan asing ini yang berani ini, haluan sejarah mungkin berbeza dan rakyat Sarawak mungkin tidak menghadapi kebebasan yang ada sekarang.

No comments:

Post a Comment